1. Tema utama surah Al-Insyirah ini adalah penegasan tentang nikmat-nikmat Allah SWT yang diberikan kepada nabi Muhammad SAW dan pertanyaan Allah SWT bahawa bersama kesukaran, ada kemudahan kerana itu Nabi Muhammad SAW diperintahkan agar tetap melakukan usaha-usaha dan bertawakkal kepada Nya.
2. Pada ayat 2-3 dalam Surah Al-Insyirah ini dapat diketahui betapa berat beban yang dipikul oleh Nabi Muhammad SAW. Ulama'-ulama' berpendapat tentang beban berat yang dirasakan oleh Nabi Muhammad SAW iaitu antara lain :
- Wafatnya isteri beliau, Khadijah dan Bapa Saudara beliau Abu Thalib.
- Beratnya wahyu Al-Quran yang beliau terima (QS Al-Hasyr : 59:21)
- Keadaan masyarakat pada masa Jahiliyyah.
3. Surah Al-Insyirah ini memberi petunjuk bahawa seseorang harus selalu memiliki kesibukan. Bila telah berakhir suatu pekerjaan, ia harus memulai lagi dengan pekerjaan yang lain, sehingga ia tidak akan pernah mensia-siakan waktu.
4. Pada ayat 7-8 dalam Surah Al-Insyirah ini memberi petunjuk kepada manusia bahawa dalam ketika manusia ingin meraih sesuatu, maka ia harus berusaha dan bekerja terlebih dahulu, baru kemudian menggantungkan harapan kepada Allah SWT.