Surah Al-Insyirah terdiri atas 8 ayat. Kata Al-Insyirah yang bererti "Bukankah Kami telah melapangkan", diambil dari ayat pertama.
Ulama sepakat menyatakan bahawa ayat-ayat surah ini kesemuanya turun sebelum Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah. Surah ini dinamai Surah Al-Insyirah. Ada juga yang menamainya Surah Alam nasyrah atau Asy-Syarh. Kesemua mana tersebut merujuk ke ayat pertamanya.
Tema utamanya adalah penenangan hati Nabi Muhammad SAW, menyangkut masa lalu dan masa akan datang beliau serta tuntutan untuk berusaha sekuat tenaga dengan penuh optimisme. Menurut Al-Baqa'i, tujuan utama surah ini adalah perincian apa yang diuraikan pada akhir surah yang lalu iaitu Surah Adh-Dhuha yang isi kandungannya berkaitan dengan nikmat Allah SWT serta penjelasan tantang apa yang dimaksudkan dengan sampaikan yakni nikmat Allah SWT.
Surah ini diturunkan berkenaan dengan Nabi Muhammad berjaya mengharungi berbagai macam kesulitan dan hambatan yang berasal dari orang-orang kafir, kemudian beliau mendapat kelapangan dan kemudahan iaitu setelah beliau mengalami kemenangan dalam menjalankan perintah Allah SWT untuk berdakwah.
Maksudnya lagi menurut Al-Biqa'i adalah mensyukurinya dengan berusaha sekuat tenaga beribadah kepada Allah, mengharap limpahan kurnia dan keagungan rahmat Nya. Ini semua diisyaratkan oleh nama surah ini yakni Al-Insyirah (Kelapangan dada). Menjelang turunnya Surah Adh-Dhuha, rasulullah SAW sangat gelisah dan bimbang akibat ketidakhadiran wahyu, sedangkan ketika turunnya Surah Alam Nasyrah dada Rasulullah SAW semakin lapang, jiwanya juga sedemikian tenang sehingga Allah SWT mengingatkan beliau tentang anugerah tersebut pada awal surah ini.
Ini bukan bererti bahawa kedua surah itu tidak berhubungan secara serasi dari segi kandungan, namun keserasian itu tidak menghantar kepada kesatuan kedua surah.
Surah ini merupakan wahyu ke 12 yang diterima oleh Nabi Muhammad SAW. Ia turun sesudah Surah Adh-Dhuha dan sebelum sebelum Surah Al-'Ashr. Ayat-ayatnya sebanyak 8 ayat. Akhir surah yang lalu (Adh-Dhuha), memerintahkan Nabi Muhammad SAW agar menyampaikan dan menampakkan aneka nikmat yang telah dianugerahkan Allah kepada beliau. Dalam surah ini beberapa nikmat besar yang telah beliau perolehi diuraikan
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Al-Hasan bahawa ketika Surah Al-Insyirah ayat 6 diturunkan, Rasulullah SAW bersabda: "Bergembeiralah kalian, kerana akan datang kemudahan bagi kalian. Satu kesusahan tidak akan mengalahkan dua kemudahan."